DEFINISI TAKAFUL

on Oct 25, 2009


Takaful bererti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara.
Menurut Akta Takaful 1984, Takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta (para pencarum) jika diperlukan, dimana para peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Takaful menggalakkan sifat tolong-menolong, saling bertanggungjawab, bantu membantu dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep Ta’awun yang bermaksud saling bekerjasama, sebagaimana Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud yang bererti “Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.

Perbezaan Di Antara Takaful & Insurans Konvensional

on Oct 10, 2009


Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Takaful Ikhlas

on Oct 9, 2009


Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Sudahkah kita bersedia menempuh musibah ini? Yang pasti kita selalu berdoa untuk dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dikurniakan tubuh badan yang sihat. Malangnya, ramai di antara kita terutamanya masyarakat Melayu masih belum diTakafulkan sedangkan kenderaan kita pun mempunyai takaful.

1) Angin Ahmar (Strok)
2) Serangan Sakit Jantung
3) Penyakit Koronari Arteri Yang Memerlukan Pembedahan
4) Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Serius
5) Artherectomy Koronary
6) Penggantian Injap Jantung
7) Pembedahan Aorta
8) Koma
9) Tekanan Darah Tinggi Arteri Pulmonari Primer
10) Ketumbuhan Benigna Otak
11) Radang Otak (Encephalitis)
12) Meningitis Bakteria
13) Kerosakan Buah Pinggang

14) Penyakit Sista Medulla
15) Lupus Erythematosus Menyeluruh (SLE) Dengan Lupus Nephritis
16) Penyakit Hati Yang Kronik
17) Radang Hati Fulminant
18) Penyakit Paru-Paru Kronik
19) Pemindahan Organ Utama
20) Kanser
21) Anemia Aplastik
22) Penyakit Motor Neuron
23) Penyakit Parkinson
24) Penyakit Alzheimer/Irreversible Organic Degenerative Disorder
25) Sindrom Apallic
26) Muscular Dystrophy
27) Multiple Sclerosis

28) Poliomyelitis
29) AIDS (Akibat Pemindahan Darah)
30) Hilang Upaya Penglihatan
31) Penyakit Terminal
32) Kelecuran Utama
33) Hilang Upaya Pertuturan
34) Hilang Upaya Pendengaran
35) Hilang Upaya Pergerakan Bebas
36) Lumpuh/Paraplegia
37) Trauma Kepala Utama
38) Cardiomyopathy
39) Pembedahan Otak
40) Manfaat Keilatan Kekal Dan Menyeluruh (TPD)


Persoalan Tentang Takaful : Takaful-ikhlas.com

on Oct 8, 2009



Apakah Keindahan Takaful?

Keindahan sistem ini ialah peserta boleh mendapat manfaat dua bentuk- pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui skim perlindungan dan mudharabah dan kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para pemegang sijil dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru' yang akan diberikan kepada mereka yang menderita kehilangan sesuatu dan ditimpa malapetaka. Istimewanya sistem Takaful ini juga kerana ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja malah sesuai dimanfaatkan juga kepada semua golongan masyarakat dan terbuka penyertaannya kepada semua pemegang sijil, tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.

Apakah itu Al-Wakalah?

Al-Wakalah merupakan kontrak di mana peserta membenarkan pengendali untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau . Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan untuk urusan ini



Apakah dana pelaburan di Takaful Ikhlas ?

Ini merupakan dana yang diambil daripada sumbangan peserta dan dilaburkan ke kaunter-kaunter Islam, Sijil Islam Kerajaan, Bond-bond Islam dan Simpanan Tetap dalam Institusi Kewangan Islam.


Mengapa insurans konvensional diharamkan?
Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:-

[a] Gharar
''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.

Ayat Quran yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri". (an-nisa':29)

Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-

i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.

ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.

iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Bila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.

[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia
insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans
konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.
, dan ianya diambil daripada Dana Akaun Ta'awuni (TAP)