HIBAH

on Nov 5, 2009


TAKAFUL IKHLAS merupakan syarikat Takaful pertama di Malaysia yang mempunyai HIBAH di dalam polisi pelanggan sebagai tambahan kepada PENAMA untuk setiap polisi yang diambil. Ini bermaksud, syarikat-syarikat lain hanya mempunyai PENAMA (pemegang amanah) sahaja. Malangnya, masih ramai di kalangan kita tidak sedar akan kepentingan HIBAH dan akhirnya perkara ini tidak dipedulikan.



HIBAH ialah pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

Tujuan utama HIBAH adalah untuk membolehkan orang yang diberi HIBAH mendapat pampasan dengan cepat selepas berlaku sesuatu yang tidak diingini (kematian) kepada pemegang polisi. Hal ini dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga pemegang polisi. Berbeza dengan PENAMA. PENAMA hanyalah orang yang dinamakan untuk memegang amanah selepas berlakunya kematian kepada pemegang polisi. Segala simpanan dan pampasan si mati hendaklah diagihkan secara Fara’id (biasanya di Amanah Raya).. Hal ini juga memakan masa yang agak lama. Mungkin boleh mencecah sehingga 3 tahun atau lebih (sumber dari kursus WK1).

Mungkin ada yang berpendapat bahawa ejen Takaful mendoakan kematian sesiapa yang mengambil polisi Takaful. Sama sekali tidak! Adalah penting bagi kita untuk merancang apa yang bakal berlaku kepada kita, keluarga dan orang-orang tersayang di sekeliling kita. Adakah kita sanggup meninggalkan anak-anak dan isteri kelak dalam kesusahan?

Konsep sebenar HIBAH adalah sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja yang kita hendak HIBAHkan. Tetapi apa yang digunakan di Takaful Ikhlas adalah HIBAH tersebut hanya boleh diberikan kepada ibu-bapa, isteri dan anak-anak berserta adik-beradik sahaja. Hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan apabila sesiapa sahaja boleh menerima HIBAH tersebut.

POLISI TAKAFUL SEBAGAI HANTARAN KAHWIN

on Nov 3, 2009

Pelik? Memang agak pelik bunyinya. Rasanya saya pun tak pernah lihat atau dengar polisi Takaful dijadikan antara salah satu hantaran yang diletakkan di atas dulang hantaran. Tetapi inilah idea hebat yang menarik perhatian saya, dan mungkin boleh dijadikan hantaran untuk bakal isteri saya nanti..(hehe..jika bakal isteri masih belum dilindungi).

Semasa rehat makan tengah hari sabtu lepas semasa kursus WK1, saya ke sebuah toko buku berhampiran. Cari punya cari maka terjumpalah sebuah buku yang menarik minat saya untuk membacanya. Buku tentang perancangan kewangan. Melihatkan penulisnya saya sudah tertarik. Mana taknya, penulis ni agak famous di kaca televisyen. Selalu keluar dalam rancangan bijak wang dengan idea perancangan kewangan yang hebat. Siapa lagi kalau bukan Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir.



Sebenarnya saya bukanlah seorang yang suka membaca, buku yang dibeli sabtu lepas pun masih belum dibaca. Cuma ada beberapa bab yang memang menarik perhatian saya. Salah satunya adalah idea tentang polisi Takaful sebagai hantaran kahwin. Bagi saya ini adalah satu idea baru yang memang bagus. Apa salahnya pembaharuan ke arah yang lebih baik kan..

Tidak salah rasanya menggantikan alat mekap atau kasut dengan polisi Takaful (mungkin ada yang tidak bersetuju). Atau tambah satu lagi dulang untuk polisi Takaful. Ini menunjukkan keprihatinan pengantin lelaki tentang kebajikan bakal isteri sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Mungkin perkara ini nampak agak pelik, tidak glamor, tatapi perlu diingat bahawa disebalik ketidakglamoran itu bukan bermaksud tidak bernilai. Malah nilainya lebih mahal dari kasut pengantin berjenama.

Jadi, kepada bakal-bakal mentua janganlah merasa pelik jika bakal menantu anda menghadiahkan sebuah polisi Takaful di atas dulang hantaran nanti.


p/s: Selamat pengantin baru kepada Sakinah dan semua sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Eidul Adha nanti. (Aku bila lagi..? masih tiada calon..)

WASILAH KESEJAHTERAAN 1

on Nov 2, 2009

Rasanya agak membosankan bila semua posting tajuknya agak serius dan berkisar tentang produk takaful dan perlindungan. Tidak dinafikan masih banyak yang perlu saya belajar dalam industri ini. Maaf kerana blog ini juga agak membosankan. Almaklumlah.. org yang baru mengenali dunia blog, tanpa guru, semuanya secara try and error. Masih dalam proses belajar berpandukan google, sedikit sebanyak secara tidak langsung saya dapat belajar walaupun masa agak membataskan. Kalau tak cuba kita takkan tahu kan..

Tidak perlulah rasanya saya terlalu formal dalam posting saya. Bosan kan..

Wasilah kesejahteraan 1. Cantik namanya. Kursus wajib bagi wakil perunding Takaful seperti saya. Minggu ini adalah minggu kedua berturut-turut menghadiri kursus Takaful. Minggu lepas untuk New Recruit Orientation Programme (NROP) dan Career Induction Programme (CIP). Kedua-duanya berlangsung di Ridel Hotel KB. Nama kedua-duanya dalam BI, tapi kursusnya dalam bahasa ibunda.. Kursus kali ketiga ni agak menarik. Wasilah kesejahteraan 1, secantik namanya. Dilangsungkan di Dewan Congkak Grand Riverview Hotel KB. Makan? Hehe..ramai yang berpendapat di Ridel lebih mengenyangkan..hehe..bagi saya..saya tak kisah..

Menariknya tentang kursus sebegini adalah kerana sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan menambah ilmu bagi insan yang kurang bersemangat dan berilmu seperti saya ni. Dapat kawan baru, hehe..tapi ramai yang berpangkat abang, kakak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik..ada la 3 atau 4 orang berpangkat adik.. Nak kata saya ni muda rasanya dah berumur..takpe lah. Bila dah masuk ke dunia ni, umur tak penting lagi. Yang penting adalah niat, ilmu dan semangat kita sebagai duta dan pendakwah bagi produk kewangan Islam.

Disertai oleh lebih kurang 33 orang peserta, kursus ini di ‘conduct’ oleh seorang Hafiz bernama Ustaz Azahari. Seorang yang berilmu dan senang didekati. Orangnya baik dan berlesung pipit..hehe..masih ingat gurauan dia bahawa orang bernama Azahari ni semuanya hensem-hensem..haha..ye la tu..apa yang pasti diingati oleh setiap peserta kursus adalah nasyid..hehe..siapa lewat akan didenda bernasyid..tp Alhamdulillah tiada siapa yang kena..

Banyak ilmu baru yang saya dapat dari kursus ni. Baru saya tahu bahawa riba’ itu tidak terhad hanya kepada pinjaman yang biasa kita dengar sebelum ni. Meminta diisikan minyak apabila ada yang meminjam kenderaan kita juga dikira riba’. ini adalah kerana berlaku faedah atau pertambahan. Rasanya perkara ni biasa berlaku pada saya sebelum ni. Denda untuk kelewatan membayar kompaun tempat letak kereta misalnya, juga dikira riba’. Perkara ini turut berlaku di Bandaraya Islam. Memang betul kata Ustaz Azahari. Untuk mengubah sistem yang sedia terpakai sebelum ini memerlukan masa yang tidak sekejap.

Juga persoalan peminta sedekah yang menjual tisu yang berharga 20 sen dengan pembeli (pemberi sedekah) dengan harga seringgit tanpa memberi baki wang. Bagaimana hukum pertambahan tersebut? Adakah berlaku riba? agak mengelirukan..hal ini dikaitkan dengan akad jual beli bagi insurans konvensional dengan akad tabarru’ bagi Takaful. Berbalik kepada kes peminta sedekah tadi, berlaku dua akad di atas wang seringgit yang diberikan kepada peminta sedekah tersebut. Pertama adalah akad jual beli (untuk harga tisu 20 sen) dan kedua adalah akad tabarru’ atau sedekah (bagi lebihan baki wang 80 sen). Wallahu Aklam..

Rasanya cukuplah sekadar ini sahaja posting saya kali ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. InsyaALLAH kita jumpa lagi.

DEFINISI TAKAFUL

on Oct 25, 2009


Takaful bererti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara.
Menurut Akta Takaful 1984, Takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta (para pencarum) jika diperlukan, dimana para peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Takaful menggalakkan sifat tolong-menolong, saling bertanggungjawab, bantu membantu dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep Ta’awun yang bermaksud saling bekerjasama, sebagaimana Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud yang bererti “Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.

Perbezaan Di Antara Takaful & Insurans Konvensional

on Oct 10, 2009