WASILAH KESEJAHTERAAN 1

on Nov 2, 2009

Rasanya agak membosankan bila semua posting tajuknya agak serius dan berkisar tentang produk takaful dan perlindungan. Tidak dinafikan masih banyak yang perlu saya belajar dalam industri ini. Maaf kerana blog ini juga agak membosankan. Almaklumlah.. org yang baru mengenali dunia blog, tanpa guru, semuanya secara try and error. Masih dalam proses belajar berpandukan google, sedikit sebanyak secara tidak langsung saya dapat belajar walaupun masa agak membataskan. Kalau tak cuba kita takkan tahu kan..

Tidak perlulah rasanya saya terlalu formal dalam posting saya. Bosan kan..

Wasilah kesejahteraan 1. Cantik namanya. Kursus wajib bagi wakil perunding Takaful seperti saya. Minggu ini adalah minggu kedua berturut-turut menghadiri kursus Takaful. Minggu lepas untuk New Recruit Orientation Programme (NROP) dan Career Induction Programme (CIP). Kedua-duanya berlangsung di Ridel Hotel KB. Nama kedua-duanya dalam BI, tapi kursusnya dalam bahasa ibunda.. Kursus kali ketiga ni agak menarik. Wasilah kesejahteraan 1, secantik namanya. Dilangsungkan di Dewan Congkak Grand Riverview Hotel KB. Makan? Hehe..ramai yang berpendapat di Ridel lebih mengenyangkan..hehe..bagi saya..saya tak kisah..

Menariknya tentang kursus sebegini adalah kerana sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan menambah ilmu bagi insan yang kurang bersemangat dan berilmu seperti saya ni. Dapat kawan baru, hehe..tapi ramai yang berpangkat abang, kakak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik..ada la 3 atau 4 orang berpangkat adik.. Nak kata saya ni muda rasanya dah berumur..takpe lah. Bila dah masuk ke dunia ni, umur tak penting lagi. Yang penting adalah niat, ilmu dan semangat kita sebagai duta dan pendakwah bagi produk kewangan Islam.

Disertai oleh lebih kurang 33 orang peserta, kursus ini di ‘conduct’ oleh seorang Hafiz bernama Ustaz Azahari. Seorang yang berilmu dan senang didekati. Orangnya baik dan berlesung pipit..hehe..masih ingat gurauan dia bahawa orang bernama Azahari ni semuanya hensem-hensem..haha..ye la tu..apa yang pasti diingati oleh setiap peserta kursus adalah nasyid..hehe..siapa lewat akan didenda bernasyid..tp Alhamdulillah tiada siapa yang kena..

Banyak ilmu baru yang saya dapat dari kursus ni. Baru saya tahu bahawa riba’ itu tidak terhad hanya kepada pinjaman yang biasa kita dengar sebelum ni. Meminta diisikan minyak apabila ada yang meminjam kenderaan kita juga dikira riba’. ini adalah kerana berlaku faedah atau pertambahan. Rasanya perkara ni biasa berlaku pada saya sebelum ni. Denda untuk kelewatan membayar kompaun tempat letak kereta misalnya, juga dikira riba’. Perkara ini turut berlaku di Bandaraya Islam. Memang betul kata Ustaz Azahari. Untuk mengubah sistem yang sedia terpakai sebelum ini memerlukan masa yang tidak sekejap.

Juga persoalan peminta sedekah yang menjual tisu yang berharga 20 sen dengan pembeli (pemberi sedekah) dengan harga seringgit tanpa memberi baki wang. Bagaimana hukum pertambahan tersebut? Adakah berlaku riba? agak mengelirukan..hal ini dikaitkan dengan akad jual beli bagi insurans konvensional dengan akad tabarru’ bagi Takaful. Berbalik kepada kes peminta sedekah tadi, berlaku dua akad di atas wang seringgit yang diberikan kepada peminta sedekah tersebut. Pertama adalah akad jual beli (untuk harga tisu 20 sen) dan kedua adalah akad tabarru’ atau sedekah (bagi lebihan baki wang 80 sen). Wallahu Aklam..

Rasanya cukuplah sekadar ini sahaja posting saya kali ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. InsyaALLAH kita jumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment