Pelik? Memang agak pelik bunyinya. Rasanya saya pun tak pernah lihat atau dengar polisi Takaful dijadikan antara salah satu hantaran yang diletakkan di atas dulang hantaran. Tetapi inilah idea hebat yang menarik perhatian saya, dan mungkin boleh dijadikan hantaran untuk bakal isteri saya nanti..(hehe..jika bakal isteri masih belum dilindungi).
Semasa rehat makan tengah hari sabtu lepas semasa kursus WK1, saya ke sebuah toko buku berhampiran. Cari punya cari maka terjumpalah sebuah buku yang menarik minat saya untuk membacanya. Buku tentang perancangan kewangan. Melihatkan penulisnya saya sudah tertarik. Mana taknya, penulis ni agak famous di kaca televisyen. Selalu keluar dalam rancangan bijak wang dengan idea perancangan kewangan yang hebat. Siapa lagi kalau bukan Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir.
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang suka membaca, buku yang dibeli sabtu lepas pun masih belum dibaca. Cuma ada beberapa bab yang memang menarik perhatian saya. Salah satunya adalah idea tentang polisi Takaful sebagai hantaran kahwin. Bagi saya ini adalah satu idea baru yang memang bagus. Apa salahnya pembaharuan ke arah yang lebih baik kan..
Tidak salah rasanya menggantikan alat mekap atau kasut dengan polisi Takaful (mungkin ada yang tidak bersetuju). Atau tambah satu lagi dulang untuk polisi Takaful. Ini menunjukkan keprihatinan pengantin lelaki tentang kebajikan bakal isteri sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Mungkin perkara ini nampak agak pelik, tidak glamor, tatapi perlu diingat bahawa disebalik ketidakglamoran itu bukan bermaksud tidak bernilai. Malah nilainya lebih mahal dari kasut pengantin berjenama.
Jadi, kepada bakal-bakal mentua janganlah merasa pelik jika bakal menantu anda menghadiahkan sebuah polisi Takaful di atas dulang hantaran nanti.
p/s: Selamat pengantin baru kepada Sakinah dan semua sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Eidul Adha nanti. (Aku bila lagi..? masih tiada calon..)
0 comments:
Post a Comment